Bantuan Kewangan

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KEWANGAN? 

Bantuan kewangan bertujuan meringankan beban individu dan keluarga buat sementara waktu serta menggalakkan kumpulan sasar yang masih proaktif dan mampu berdikari supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup. 

Namun tahukah anda bahawa penerima bantuan kewangan atau kebajikan ini mempunyai kelayakan yang dinilai dan diambil kira oleh pihak berwajib agar memenuhi kriteria yang sewajarnya serta kadar pemberian kewangan atau kebajikan berdasarkan bantuan yang ditetapkan? Hal ini membolehkan pihak berwajib menyalurkan bantuan kewangan kepada individu, keluraga atau kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan. 

Pasti anda tertanya-tanya siapakah yang layak bagi menerima bantuan kewangan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat? Terdapat beberapa bantuan kewangan yang diberikan seperti:

Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Bantuan ini diberikan bagi membantu keluarga atau penjaga kepada kanak-kanak agar mereka dapat terus tinggal bersama dan diberikan kasih sayang dan jagaan yang sempurna oleh keluarga asal mereka. Bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM150 sebulan hingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut beberapa pecahan kategori.

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Elaun ini diberikan bagi menggalakkan OKU untuk berdikari dan terus bekerja serta menjadi masyarakat yang produktif. Penerima elaun ini mendapat bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan. 

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan ini dapat mengalakkan OKU untuk terus tinggal bersama keluarga walaupun mereka tidak berupaya dalam melakukan apa-apa pekerjaan. Bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Bantuan kewangan yang disalurkan kepada BPT ini adalah bagi meringankan beban keluarga atau penjaga serta mengalakkan mereka untuk menjaga ahli keluarga OKU terlantar atau sakit kronik. Bantuan kewangan diberikan sebanyak RM500 sebulan seorang.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bagi penerima bantuan yang terdiri daripada warga emas ini, ia diberikan agar warga emas dapat menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan sejahtera. Bantuan kewangan yang diberikan pula dalam kadar RM500 sebulan.

 

Bantuan Am Persekutuan (BA)

Bantuan ini diberikan bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Kadar bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM100 hingga maksimum RM350 sebulan seorang. 

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Kadar bantuan kewangan yang diberikan bagi Bantuan Anak Pelihara adalah sebanyak RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Bantuan kewangan ini diberikan untuk membantu kanak-kanak yatim piatu atau kurang bernasib baik supaya dapat tinggal bersama keluarga pelihara serta turut sama meringankan beban keluarga pelihara.

Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan seorang ini diberikan kepada penerima bantuan yang terdiri daripada mereka yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bagi mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. 

Bantuan Geran Pelancaran (GP)

Bantuan ini diberikan kepada individu yang berminat untuk menjana pendapatan dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700.

 

Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Bantuan kewangan terhadap kumpulan sasar ini adalah kepada yang kurang berkemampuan membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pengamal Perubatan mengikut ketidakupayaan serta membolehkan kumpulan sasar ini meningkatkan keupayaan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. 

Tabung Bantuan Segera (TBS)

TBS diberikan secara sekali gus kepada individu yang layak dan terdesak di samping membantu dalam menangani isu berkaitan kebajikan kumpulan sasar.  

Bantuan Produk isi rumah

Anda mungkin tidak mendapat pinjaman untuk produk isi rumah kerana ia tidak dianggap penting seperti barangan lain. Jadi, impian anda untuk melengkapkan rumah anda dan melengkapkannya dengan peralatan terkini mungkin masih tidak tercapai. Tetapi anda boleh mengubahnya dengan menghubungi A-Credit di mana kami tidak menyediakan pinjaman sahaja; sebaliknya, kami mengambil berat untuk anda

 

***Sumber diolah dan disesuaikan daripada: Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat

Hubungi Kami

Quick Links

Location
Alamat Syarikat

Suite 8, Menara IGB, Mid Valley City, 59200, Kuala Lumpur.

Work hour
Waktu Operasi

9:00 A.M. – 12:00 A.M. (Isnin – Sabtu)

Business Registration
No. Pendaftaran Syarikat

(202003055613) (7664168-W)

License and Permit
No. Lesen & No. Permit

WL8181/08/01-1/160822