Pinjaman Peribadi

PERLU KE BUAT PINJAMAN PERIBADI?

Jika kita lihat pada hari ini, terdapat pelbagai institusi yang menawarkan pinjaman peribadi bagi membantu meringankan beban individu terutama dalam memiliki aset yang bernilai besar. Namun harus diingat bahawa terdapat juga pinjaman peribadi ini dijalankan secara berlesen dan tidak berlesen yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Akhirnya, pinjaman loan ini tidak lagi membantu malah menambah beban seseorang individu itu pula. 

Pengguna perlulah faham dan bijak dalam membuat pinjaman peribadi. Mereka juga perlu ambil tahu apakah loan peribadi yang dikehendaki agar tidak tersalah membuat pinjaman wang. Hal ini disebabkan oleh terdapat pelbagai pinjaman loan yang ditawarkan oleh institusi kewangan di negara kita. Pinjaman ini terdiri daripada pinjaman bagi tujuan perniagaan, pinjaman peribadi yang pelbagai seperti pinjaman kereta, pendidikan, belian rumah dan sebagainya. Seseorang peminjam loan perlu tahu tentang pinjaman yang bakal dibuat adalah disebabkan oleh kadar faedah bayaran yang tinggi dikenakan dan kadar faedah ini sudah ditetapkan pembayarannya bagi setiap bulan. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak membuat pinjaman peribadi? Sebenarnya ia bergantung pada keperluan dan kehendak peminjam kerana sebaik sahaja pinjaman dibuat, komitmen terhadap pinjaman tersebut haruslah dibayar semula. Oleh sebab itu juga penting individu atau peminjam membuat pinjaman dengan institusi berlesen agar tidak terjebak dengan permasalahan yang lebih besar seperti contoh membuat pinjaman atas pinjaman demi melangsaikan pinjaman sedia ada. 

Di bawah ini terdapat beberapa sebab peminjam membuat pinjaman peribadi:

Membiayai Majlis Perkahwinan

Perkahwinan yang gilang-gemilang tentunya menjadi impian setiap orang. Ada juga yang merancang pelbagai tema semasa menjadi raja sehari ini. Impian perkahwinan ini tentunya datang dengan perbelanjaan yang besar. Oleh sebab itu, dalam merealisasikan impian perkahwinan idaman dan pada masa yang sama mempercepat majlis perkahwinan, peminjam membuat pinjaman bagi membiayai majlis perkahwinan mereka. Melalui pinjaman ini dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut. 

Pembelian Kenderaan

Kenderaan persendirian pada hari ini merupakan suatu keperluan. Namun pembelian kenderaan melibatkan harga yang tinggi. Jadi loan peribadi dibuat dapat memudahkan individu memiliki kenderaan yang sesuai dengan tingkat gaji dan kemampuan mereka. 

Pinjaman Bagi Pendidikan

Bagi yang berminat untuk menyambung pengajian namun terhalang oleh kos pengajian yang tinggi, tentu sekali mempertimbangkan pinjaman bagi membiayai pendidikan tersebut. Tawaran pinjaman wang bagi melanjutkan pengajian ini memberikan faedah yang rendah dan pembayaran dibuat sebaik sahaja individu tersebut memperoleh pekerjaan seperti yang ditawarkan oleh PTPTN. 

Pinjaman Berkaitan Rumah 

Memiliki rumah idaman merupakan impian setiap orang. Oleh sebab itu loan peribadi dibuat sebaik sahaja seseorang berkomitmen untuk membeli rumah. Tawaran pinjaman peribadi yang diberikan oleh pelbagai institusi menyediakan syarat yang mudah dan fleksibel kepada peminjam. Peminjam bukan sahaja dapat membeli rumah dengan pinjaman loan namun dapat juga menaik taraf rumah yang sedia ada jika memerlukan pembaikian dan penambahbaikan.

Perniagaan

Dalam mengembangkan perniagaan, kekangan kewangan membuatkan impian terbantut dan oleh sebab itulah pinjaman loan diperlukan dalam membantu meluaskan perniagaan individu. Pembayaran balik pinjaman ini boleh dilakukan setelah perniagaan yang berkembang itu memperoleh keuntungan. 

Penyatuan Hutang

Penyatuan hutang ialah pinjaman peribadi bagi menyatukan hutang-hutang yang dibuat sebagai satu hutang sahaja. Melalui penyatuan hutang ini, dapat membantu individu dalam menjimatkan kadar kos faedah.

Percutian

Percutian ke tempat-tempat menarik adalah salah satu cara melegakan tekanan kerja dan ‘melarikan’ diri sebentar daripada pelbagai masalah yang dihadapi. Namun ada juga tempat-tempat yang ingin dituju memerlukan kos yang mahal tambahan tabungan pula tidak mencukupi maka pinjaman peribadi untuk bercuti boleh dibuat. Apa yang perlu peminjam lakukan adalah hanya membayar jumlah ansuran yang sesuai dengan kemampuan dan sekali gus dapat menikmati percutian impian yang diidam-idamkan.

Peralatan Rumah

Peraralatan rumah penting untuk kegunaan harian.Beban peralatan rumah akan mengakibatkan kepada pembeli rumah baru , menampung kos peralatan akan membebankan setiap individu. Pinjaman boleh dibayar ansuran untuk mengelakkan beban hutang yang tinggi dan berpuas hati dengan kelengkapkan rumah.

Hubungi Kami

Quick Links

Location
Alamat Syarikat

Suite 8, Menara IGB, Mid Valley City, 59200, Kuala Lumpur.

Work hour
Waktu Operasi

9:00 A.M. – 12:00 A.M. (Isnin – Sabtu)

Business Registration
No. Pendaftaran Syarikat

(202003055613) (7664168-W)

License and Permit
No. Lesen & No. Permit

WL8181/08/01-1/160822